• Lazada Lancar Pilihan Pembayaran COD Di Malaysia

    Published: Thursday, 19 October 2017
    A- A+



    KUALA LUMPUR – Platform e-dagang utama, Lazada Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran kaedah pembayaran tunai semasa serahan (COD) bagi 4.5 juta produk antarabangsa.

    “Pelanggan kini boleh membeli produk antarabangsa daripada kategori utama, termasuk fesyen, aksesori elektronik, barangan dalam rumah, serta memilih COD sebagai pembayaran pilihan mereka semasa proses semakan,” kata Lazada dalam satu kenyataan hari ini.

    Inisiatif perintis oleh Lazada itu diperkenalkan kepada 170 pedagang dari China yang membolehkan penjual ini meluaskan tawaran mereka kepada pelanggan di luar dari kawasan bandar, di mana COD adalah kaedah pembayaran pilihan apabila membuat pembelian dalam talian.

    Kaedah pembayaran ini disediakan bagi semua pembelian dalam talian yang dibuat di bandar-bandar besar di Malaysia.

    Lazada juga beroperasi di Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Lazada Lancar Pilihan Pembayaran COD Di Malaysia "