• Laporan Dedah Bashar Al-Assad Guna Senjata Kimia

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+

    NEW YORK: Kerajaan Syria pimpinan Bashar al-Assad bertanggungjawab ke atas serangan beracun di bandar dikuasai pemberontak, Khan Sheikhoun yang membunuh berpuluh mangsa April lalu, menurut laporan dihantar kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

    "Kerajaan al-Assad bertanggungjawab ke atas serangan tersebut pada 4 April lalu," ujar laporan daripada PBB dan Organization for the Prohibition of Chemical Weapons' Joint Investigative Mechanism (JIM).

    Duta Amerika Syarikat ke PBB, Nikki Haley berkata, Majlis Keselamatan perlu mengambil tindakan tegas terhadap kerajaan al-Assad kerana menggunakan senjata kimia sewenang-wenangnya.

    "Dari masa ke semasa, kita mendapat pengesahan al-Assad menggunakan senjata kimia dalam peperangan di negara itu," kata Haley.

    - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Laporan Dedah Bashar Al-Assad Guna Senjata Kimia "