• Lambat Daftar Kelahiran, Sarawak Terkecuali Daripada Denda RM1,000

    Published: Thursday, 12 October 2017
    A- A+

    Kajian semula denda dari RM50 ke RM1,000 untuk kelewatan mendaftarkan kelahiran tidak dilaksanakan di Sabah dan Sarawak.

    Memetik laporan The Borneo Post, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat yang mendedahkan perkara tersebut berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.

    Bagaimanapun menurutnya, tempoh 60 hari masih boleh diterima seluruh rakyat Malaysia dan penduduk yang menetap di Sarawak dan Sabah untuk membayar denda sedia ada dan bukannya denda yang dikaji semula.

    Sebelum ini, seorang lagi Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed berkata, pelaksanaan denda yang dikaji semula itu akan dikuatkuasakan serta-merta.

    "Ini untuk memastikan dan menggalakkan ibu bapa mendaftar anak masing-masing secepat mungkin. Jika mereka mendaftar lewat kelahiran (60 hari selepas kelahiran), barulah mereka dikenakan denda RM1,000," katanya.

    Kerajaan turut memanjangkan tempoh pendaftaran kelahiran lewat dari 42 hari hingga 60 hari pada Ogos.-Sarawakiana



  • No Comment to " Lambat Daftar Kelahiran, Sarawak Terkecuali Daripada Denda RM1,000 "