• Laluan Utama Bangkok Ditenggelami Banjir

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+


    BANGKOK - THAILAND. Kira-kira 55 laluan utama di ibu negara Thailand ditenggelami banjir sehingga paras lutut selepas bandar tersebut dilanda hujan lebat, kelmarin.

    Kawasan yang terlibat termasuk Din Daeng, Ekamai dan beberapa bahagian Sukhumvit Road serta lokasi tumpuan pelancong di Chatuchak dan Wat Pho.

    "Banjir di kebanyakan kawasan telah surut dan semakin pulih menjelang tengah hari," menurut laporan media tempatan.

    Sementara itu, Gabenor Bangkok, Aswin Kwanmuang turut meminta maaf dan memaklumkan mereka telah melakukan sehabis baik untuk menangani masalah tersebut.

    "Saya tidak menafikan tanggungjawab, namun jumlah taburan hujan melebihi 200 milimeter," ujarnya yang menjelaskan kali terakhir ia berlaku adalah kira-kira 25 tahun lalu. - Bangkok Post

    Subjects:

  • No Comment to " Laluan Utama Bangkok Ditenggelami Banjir "