• Lagi Individu Minat Jadi Calon BN Di Parlimen Santubong

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+

    Jika sebelum ini terdapat tiga hingga empat nama calon berpotensi dikhabarkan sedang bergerak untuk melobi di kawasan Parlimen Santubong kini timbul seorang lagi individu yang dikatakan turut berminat untuk dicalonkan sebagai wakil Barisan Nasional (BN).

    Individu tersebut dilihat aktif dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan terutama kebajikan dan sukan.

    Berusia 40an, individu terbabit dilihat turut aktif dengan program berkaitan belia.

    Memetik laporan Sarawak Voice Daily, nama lain yang turut ‘naik’ merupakan seorang Setiausaha Politik Menteri Pusat, bekas pegawai kanan bank yang kini Timbalan Ketua Cawangan parti.

    Seorang anak muda berusia bawah 40 tahun yang merupakan anak bekas menteri muda turut giat meraih sokongan.

    Sebelum ini, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mewakili BN menewaskan calon PKR, Zulrusdi Mohd Hol, Affandi Jeman (Bebas), Mura Kadir (STAR) dengan majoriti 20,936 undi.

    Wan Junaidi yang berusia 71 tahun juga dikatakan masih berminat untuk dicalonkan semula.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Lagi Individu Minat Jadi Calon BN Di Parlimen Santubong "