• Labu 1,029 Kilogram Pecah Rekod Terberat Di Britain

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+


    Southampton: – kembar dari Hampshire, Britain berjaya memecahkan rekod mereka sendiri bagi buah labu paling berat di negara itu.

    Stuart dan Ian Paton secara rasmi memecahkan rekod itu dalam Festival Labu Musim Luruh di Netley, Southampton baru-baru ini dengan buah labu seberat 1,029 kilogram.

    Pasangan kembar berusia 53 tahun itu berjaya memecahkan rekod sendiri sebelum ini dengan 6.8 kilogram berbanding labu mereka pada tahun lalu seberat 1,022 kilogram.

    Ian berkata, untuk membesarkan labu gergasi seperti itu mereka menyiram air sebanyak 378 liter sehari.

    Katanya, labu yang ditanam mereka boleh membesar mencecah 27 kilogram sehari.

    “Harapan kami adalah untuk menjadi juara dunia dengan memecahkan rekod dunia.

    “Kami tidak berjaya lakukan kali ini tetapi kami berjaya memecahkan rekod Britain dan rekod kami sendiri,” katanya.

    Rekod labu paling besar di dunia adalah seberat 1,190 kilogram yang ditanam di Belgium oleh Mathias Willemijns.

    Bagaimanapun, Ian dan Stuart percaya mereka mampu memecahkan rekod itu satu hari nanti.-suaratv

    Subjects:

  • No Comment to " Labu 1,029 Kilogram Pecah Rekod Terberat Di Britain "