• KSN Pantau Pelaksanaan Projek, Projek Bajet 2018

    Published: Sunday, 29 October 2017
    A- A+


    PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, beliau akan memantau pelaksanaan projek dan program di bawah Bajet 2018 bagi memastikan ia memanfaatkan rakyat dan negara sepenuhnya.

    Menyifatkan Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat semalam adalah yang terbaik dalam tempoh perkhidmatan beliau sejak 1981, beliau berkata, ia adalah paling lengkap, holistik, mampan, inklusif, dan komprehensif.

    “Semua rakyat mendapat manfaat (daripada bajet). Semua etnik, gender dan sektor seperti perumahan, alam sekitar, pembangunan bandar diambil kira. Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan demi kesejahteraan rakyat.

    “Sehubungan itu, penjawat awam harus memberikan komitmen sepenuhnya untuk melaksanakan tugas dengan segera. Pastikan tiada kepincangan dan melakukan seikhlas-ikhlasnya.

    “Ini adalah KPI (petunjuk prestasi utama) semua ketua setiausaha kementerian, ketua perkhidmatan dan ketua pengarah semua jabatan serta agensi perkhidmatan awam… Saya sendiri akan memantau pelaksanaan projek dan program di bawah Bajet 2018,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " KSN Pantau Pelaksanaan Projek, Projek Bajet 2018 "