• Kontraktor diugut empat lelaki minta RM650,000

    Published: Sunday, 8 October 2017
    A- A+
    gambar hiasan
    ISKANDAR PUTERI - Seorang kontraktor berdepan detik cemas apabila didatangi empat lelaki yang menaiki dua buah kereta untuk mengugut dan mengutip hutang sebanyak RM650,000 dalam kejadian di rumahnya di Taman Bukit Indah di sini semalam.

    Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, dalam kejadian pada pukul 10.15 pagi, keempat-empat lelaki berkenaan membuat bising dan memberitahu bahawa mangsa yang berusia 44 tahun berhutang dengan sebuah syarikat.

    "Mereka datang membuat bising dan menghalang laluan di hadapan rumah mangsa dan menyatakan mereka dilantik sebuah syarikat untuk mengutip hutang berjumlah RM650,000.

    "Jika mangsa tidak membayarnya, suspek akan bertindak membuat kacau dan berjumpa dengan isteri mangsa," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

    Noor Hashim berkata, mangsa kemudiannya membuat satu laporan polis sebelum polis membuat tindakan susulan dan berjaya memberkas keempat-empat suspek pada pukul 3 petang pada hari yang sama.

    Katanya, kesemua suspek yang berusia 22 hingga 40 tahun yang ditahan negatif dadah selain polis turut merampas barang kes seperti dua buah kereta masing-masing sebuah Proton Wira dan Honda Accord serta dua unit telefon bimbit.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Kontraktor diugut empat lelaki minta RM650,000 "