• Konstabel ditahan bersama pelbagai dadah

    Published: Wednesday, 18 October 2017
    A- A+

    JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis berpangkat Konstabel ditahan bersama-sama pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai lebih RM13,557 di tempat letak kereta sebuah kondominium Taman Setia Tropika di sini, kelmarin.

    Suspek berusia 28 tahun yang bertugas di sebuah balai di Kontinjen Johor itu, ditahan bersama seorang wanita berusia 21 tahun dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor pada 11.45 malam.

    Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata polis merampas 216 gram ketamin, 72 biji pil ekstasi, tujuh biji pil erimin 5 dan 16 gram syabu dalam serbuan berkenaan.

    "Polis turut merampas sebuah PERODUA Viva dan wang tunai berjumlah RM21,000," katanya dalam kenyataan di sini.

    "Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari, katanya.

    Mohd Khalil berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

    Katanya, polis tidak akan berkompromi kepada mana-mana individu termasuk anggota polis yang terbabit sebarang kegiatan menyalahi undang-undang.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Konstabel ditahan bersama pelbagai dadah "