• KKLW tubuh jawatankuasa pantau projek

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+


    KUCHING - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan kerajaan negeri Sarawak dan Sabah akan menubuhkan satu jawatankuasa bersama kerja dan tertinggi. dalam waktu terdekat.

    Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penubuhan jawatankuasa itu adalah bagi merancang dan memantau projek yang dilaksanakan dalam usaha mengelakkan berlakunya projek 'sakit'.

    "Jawatankuasa kerja ini akan dipengerusikan Ketua Setiausaha kementerian ini bersama Setiausaha Tetap kementerian berkaitan untuk negeri Sarawak.

    "Bagi jawatakuasa tertinggi pula, saya bersama Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan mempengerusikan jawatankuasa ini," katanya ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Penyelarasan Antara Menetri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan Exco-exco Luar Bandar (MEXCLUB) Bilangan 2/2007 di sini tadi. - K! ONLINE

  • No Comment to " KKLW tubuh jawatankuasa pantau projek "