• Kisah Sedih Syed Saddiq

    Published: Tuesday, 3 October 2017
    A- A+
    Tulisan asal oleh:
    SeaDemon Says, Malaysia Today, 3 Oktober 2017

    Apabila Ketua AMANDA PPBM Syed Saddiq mengumumkan bahawa beliau akan mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan keputusannya sama ada akan melanjutkan pengajiannya pada peringkat Sarjana dalam Pengajian Dasar Awam di Oxford University, beliau membuat pengumuman itu dengan begitu dramatik sekali seolah-olah beliau akan mengumumkan pembubaran Parlimen.

    Beliau akhirnya mengumumkan bahawa beliau tidak akan pergi ke Oxford kerana beliau lebih suka bertanding untuk pilihan raya umum.

    Walaupun ia adalah satu melodrama yang tidak diperlukan darinya, ia akan menjadi sesuatu yang sempurna jika beliau berhenti setakat itu. Tetapi memandangkan beliau seorang diva yang pelik, beliau juga turut menceritakan semuanya hanya untuk mewajarkan tindakannya untuk mengambil keputusan untuk tidak pergi ke Oxford itu.

    Beliau menambah bahawa beliau ditawarkan RM5 juta untuk meninggalkan PPBM dan menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dalam Pengajian Dasar Awam di Blavatnik School of Government, Oxford University. Ia adalah sogokan oleh seseorang yang dikaitkan dengan BN!

    Tidak hairanlah beliau tidak gembira dan menangis. Keseluruhan perkara mengenai universiti Oxford itu adalah sogokkan untuk beliau meninggalkan PPBM. Tetapi apabila beliau mengumumkan hasratnya untuk melanjutkan pengajian, adakah beliau dan ibu bapanya tidak merasa gembira? Gambar berikut menunjukkan betapa gembiranya beliau disogok!

    https://seademon.files.wordpress.com/2017/10/img_1043.jpg

    Ada sesuatu yang tidak kena dalam cerita ini, termasuklah surat tawaran itu sendiri.

    https://seademon.files.wordpress.com/2017/10/img_1039.jpg?w=768

    Surat yang dimaksudkan itu telah dihantar oleh Blavatnik School of Government pada 17 Mei 2017. Syed Saddiq menerima surat itu pada 15 Jun 2017 tetapi diminta untuk memberi jawapan pada 11 Mei 2017, ENAM HARI SEBELUM SURAT ITU DIHANTAR!

    Adakah Blavatnik School of Government Oxford University, salah sebuah universiti yang terbaik selama berabad-abad, menggunakan kalendar Anwari di mana Januari mempunyai 50 hari?

    https://seademon.me/2017/10/03/syed-sadstory/

    Link asal artikel:
    http://www.malaysia-today.net/syed-sadstory/

    Subjects:

  • No Comment to " Kisah Sedih Syed Saddiq "