• Ketua Pengganas Daesh Filipina Terbunuh

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+

    MANILA: Dua pemimpin kumpulan militan yang setia kepada pengganas Daesh disahkan terbunuh hari ini, dalam pertempuran dengan tentera Filipina di Marawi, di selatan Filipina.

    "Mereka terbunuh," kata Setiausaha Pertahanan, Delfin Lorenzana kepada pemberita ketika mengulas mengenai dua pemimpin berkenaan, iaitu Omarkhayam Maute dan Isnilon Hapilon.

    Bagaimanapun, katanya, seorang lagi komander pemberontak warga Malaysia, Mahmud Ahmad masih bebas.

    Hapilon dilantik sebagai 'Emir' Daesh di Asia Tenggara, manakala Omarkhayam Maute adalah salah seorang daripada beradik yang mengetuai kumpulan militan yang memerangi tentera, sejak bandar Marawi dikepung pada 23 Mei lalu. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Ketua Pengganas Daesh Filipina Terbunuh "