• Ketua Kaum 'Tidak Dibenar' Berpolitik - PBDSB

    Published: Wednesday, 18 October 2017
    A- A+

    Penglibatan segelintir ketua kaum di Sarawak dalam parti politik ternyata mengecewakan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB).

    Memetik laporan portal Dayak Daily, Ketua Penerangan PBDSB Bobby William berkata, beliau melahirkan rasa kecewa kerana dengan sikap sesetengah ketua kaum yang bergiat aktif berpolitik demi kepentingan sesebuah parti politik.

    Menurutnya, perkara tersebut adalah bercanggah dengan Ordinan Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat 2004, di mana larangan dalam Seksyen 8 (1) menyatakan bahawa ketua kaum adalah tidak dibenarkan mempunyai kedudukan dalam sesebuah parti politik.

    Namun begitu, saban hari ramai ketua kaum terutamanya tuai-tuai rumah gagal mematuhi ordinan yang telah dinyatakan tersebut dan seterusnya perkara ini jika tidak dicegah awal boleh menjejaskan institusi ketua kaum di negeri ini amnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Ketua Kaum 'Tidak Dibenar' Berpolitik - PBDSB "