• Kesiapsiagaan Polis Tinggi Hadapi PRU

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+


    PUNCAK BORNEO - Tahap kesiapsiagaan pasukan polis adalah tinggi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

    Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, latihan berkaitan telah, sedang dan akan dibuat termasuk situasi ketika penamaan calon, tempoh berkempen dan hari pengundian.

    Kita akan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk latihan ketenteraman awam bagi sebelum dan selepas pilihan raya.

    "Persediaan akan terus ditingkatkan supaya kesiapsiagaan pasukan polis sentiasa tinggi," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pasukan Gerakan Am (PGA) Siri 2/2017 dan Kursus Asas Marin Siri 1/2017 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuching hari ini.

    Yang turut hadir, Timbalan Pengarah KDNKA, Datuk Abdul Hamid Mohd. Ali, Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, Datuk Zamani Hamdan, Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Bukit Aman, Datuk Abdul Rahim Abdullah dan Komandan Pulapol Kuching, Senior Asisten Komisioner Azman Salim.

    Seramai 199 peserta Kursus Asas PGA manakala 343 peserta Kursus Asas Marin dari seluruh wilayah marin seluruh negara. - UTUSAN ONLINE
  • No Comment to " Kesiapsiagaan Polis Tinggi Hadapi PRU "