• Kesan Negatif Jika AS Tolak Perjanjian

    Published: Tuesday, 10 October 2017
    A- A+

    MOSCOW: Russia hari ini memberi amaran, akan wujud kesan negatif jika Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump gagal mengekalkan perjanjian nuklear Iran, hasil rundingan bekas pemimpin sebelum ini.

    "Jelas sekali jika sebuah negara penting seperti AS meninggalkan perjanjian itu, ia akan memberi akibat negatif," kata Jurucakap Presiden Vladimir Putin, Dmitry Peskov.

    Beliau menambah, Putin berulang kali menegaskan kepentingan perjanjian sedia ada.

    Trump adalah pengkritik tegar perjanjian 2015 itu dan menyifatkannya sebagai 'perjanjian paling teruk'.

    Trump dijangka mengumumkan, beliau 'tidak mengiktiraf' pematuhan Iran terhadap perjanjian ditandatangani bagi mengehadkan program nuklearnya sebagai pertukaran penarikan balik sekatan. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Kesan Negatif Jika AS Tolak Perjanjian "