• Kes Rogol Guru Korea Selatan Dibicara Semula

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+


    SEOUL: Mahkamah Agung pada Khamis telah mengarahkan tiga lelaki, yang disabitkan dengan kesalahan merogol seorang guru sekolah tahun lepas, dibicarakan semula, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

    Mahkamah tertinggi Korea Selatan itu mengembalikan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Gwangju selepas membatalkan perintah terdahulu yang membebaskan mereka daripada beberapa pertuduhan atas alasan satu penyelesaian telah dicapai dengan mangsa.

    Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman penjara antara tujuh hingga 10 tahun ke atas setiap tertuduh, yang hanya dikenali dengan nama akhir mereka iaitu Kim, Lee dan Park, selepas memutuskan untuk mengurangkan tempoh hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap mereka oleh mahkamah rendah iaitu antara 17 hingga 25 tahun.

    Mereka didakwa pada Jun tahun lalu atas pertuduhan berpakat merogol guru wanita itu dan mencederakan mangsa di sebuah bandar pulau di Sinan, yang terletak kira-kira 400 kilometer di barat daya Seoul.

    Kesemua tertuduh turut memaksa mangsa minum sehingga mabuk dan merakam adegan itu.

    Kes itu mengejutkan orang ramai kerana kesemua tertuduh adalah bapa murid dari sekolah yang sama di mana mangsa mengajar. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Kes Rogol Guru Korea Selatan Dibicara Semula "