• Kereta Polis Remuk Teruk

    Published: Tuesday, 31 October 2017
    A- A+

    Kereta peronda polis remuk sejurus terbabit kemalangan berhampiran selekoh Taman Eko-Rimba Komanwel Jalan Rawang petang tadi.

    Dalam kejadian 2 petang itu, kereta peronda berkenaan dipandu seorang mekanik dari pusat penyelengaraan kenderaan terletak di Batu Muda, Gombak.

    Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, kereta berkenaan diambil mekanik itu untuk pemeriksaan.

    "Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu hilang kawalan dipercayai akibat hujan lebat sebelum terbabas merempuh penghadang jalan.

    "Mekanik terbabit bagaimanapun hanya cedera ringan," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Kereta Polis Remuk Teruk "