• Kerajaan Tidak Pilih Kasih, Adil Beri Bantuan

    Published: Friday, 20 October 2017
    A- A+

    LONG LAMA: Kerajaan tidak mengamalkan pilih kasih dalam pemberian bantuan sebaliknya setiap lapisan masyarakat dilayan secara adil, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau.

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau berkata, mengambil contoh bantuan mangsa banjir yang diberikan kepada rakyat di luar bandar adalah sama kuantitinya di seluruh negara.

    “Ada sesetengah pihak yang berani mencanang dengan menyatakan mangsa bencana alam di negeri lain selain Sarawak menerima bantuan yang lebih banyak daripada kerajaan.

    "Saya tegaskan di sini perkara terbabit adalah tidak benar," katanya.

    Jelasnya lagi, rakyat diharap bersyukur dengan bantuan diberikan kerajaan ini walaupun ia sebenarnya tidak mencukupi bagi menampung kerugian harta benda yang dialami semasa banjir.

    Terdahulu, seramai 600 keluarga di daerah Telang Usan masing-masing menerima bantuan banjir sebanyak RM500 yang disampaikan oleh Dennis pada majlis tersebut.

    Selain itu, Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di DUN Telang Usan diingatkan agar mengambil tindakan segera dengan melaporkan kepada pejabat daerah jika berlaku bencana alam di kawasan mereka. - Sarawakiana
  • No Comment to " Kerajaan Tidak Pilih Kasih, Adil Beri Bantuan "