• Kerajaan Tidak Jual Mimpi, Harapan Atau Janji

    Published: Saturday, 7 October 2017
    A- A+

    ISKANDAR PUTERI - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak pernah menjual mimpi atau harapan sebaliknya menunaikan segala kemahuan dan keperluan rakyat.

    Jelas Perdana Menteri, kerajaan hari ini tidak beretorik dengan menabur janji palsu tetapi melaksanakan semua perkara yang menjadi tuntutan dan kepentingan rakyat sejak dahulu lagi.

    “Kita tidak mempromosikan janji sebaliknya kita melakukan dan melaksanakan (apa yang diperlukan rakyat)...kita akan laksanakan lebih lagi untuk rakyat pada masa depan,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Ekspo Johor Berkemajuan 2017 di Dataran Mahkota, Kota Iskandar, di sini sebentar tadi.

    Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein;

    Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; barisan Exco kerajaan negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani.

    Ekspo Johor Berkemajuan 2017 berlangsung selama sembilan hari mulai semalam hingga 14 Oktober ini.

    Dalam pada itu, Perdana Menteri yakin Johor akan menjadi kuasa ekonomi baharu negara berdasarkan pencapaian, potensi dan reputasinya ketika ini.

    Beliau berkata, kejayaan Johor itu adalah hasil kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan termasuk sumbangan besar Sultan Ibrahim Sultan Sultan Iskandar yang membantu pembangunan negeri ini. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Kerajaan Tidak Jual Mimpi, Harapan Atau Janji "