• Kerajaan Sentiasa Salur Bantuan Melalui MRP

    Published: Thursday, 5 October 2017
    A- A+
    SEBUYAU: Menteri Muda Jalan Persisir, Datuk Julaihi Narawi berkata,  geran projek kecil luar bandar (MRP) akan terus diagihkan secara berperingkat kerana ia adalah kaedah kerajaan membantu rakyat.

    Memetik laporan Utusan Borneo beliau berkata, sejumlah RM742,000 telah disalurkan kepada 56 buah persatuan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah menerima MRP bagi membantu mereka menjalankan aktiviti dan membangunkan projek berskala kecil.

    "Geran MRP akan terus diagihkan dan secara berperingkat kerana ia adalah hasrat kerajaan membantu rakyat terutama di kawasan luar bandar.

    "Mereka yang menerima geran ini pula, diharap menggunakan wang ini dengan sebaik mungkin untuk manfaat rakyat," kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau.

    Tambahnya, adalah menjadi hasrat kerajaan, pusat dan negeri memastikan penduduk luar bandar tidak terpinggir daripada pembangunan.

    Beliau menegaskan, program transformasi luar bandar akan terus menjadi agenda utama kerajaan dan sokongan pemimpin akar umbi amat diperlukan agar program transformasi dapat dilaksanakan. - Sarawakiana
  • No Comment to " Kerajaan Sentiasa Salur Bantuan Melalui MRP "