• Kerajaan Sedia Bantu Mangsa Penipuan Hartanah

    Published: Tuesday, 31 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia membantu mangsa penipuan hartanah untuk memiliki rumah sendiri mahupun menuntut ganti rugi.

    Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar berkata, mangsa boleh memohon bantuan kepada kementeriannya di bawah skim pinjaman perumahan mesra rakyat.

    "Bantuan pinjaman RM60,000 akan diberikan kepada mereka untuk membina rumah di tanah sendiri," katanya.

    Selain itu katanya, mangsa turut boleh memohon Program Perumahan Rakyat secara kaedah 'rent to own' (RTO) bagi mereka di kawasan bandar.

    "Bagi menuntut gantirugi daripada penipu, kementerian sedang mengkaji undang undang yang bersesuaian bagi membolehkan saman sivil dikemukakan kepada penipu," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

    Menurutnya, aduan penipuan hartanah yang diterima pihaknya adalah melibatkan pemaju berdaftar dan juga tidak mempunyai lesen pemaju perumahan.

    "Jika pemaju berlesen, tindakan di bawah Akta 118 boleh diambil terhadap mereka namun ia agak merumitkan sekitarnya melibatkan pemaju tidak berlesen kerana akta itu tidak boleh dikuatkuasakan," katanya.

    - Sinar Online

    Subjects:

  • No Comment to " Kerajaan Sedia Bantu Mangsa Penipuan Hartanah "