• Kerajaan Komited Bina Banyak Jambatan Di Bandaraya Kuching

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata kerajaan akan membangunkan lebih banyak lagi jambatan di negeri ini.

    Katanya, kerajaan sekarang sedang membangunkan Jambatan Bako yang akan menghubungkan kawasan di dalam bandaraya yang sedang membangun.

    “Jambatan tersebut akan kita bangunkan dan sedang dalam pembinaan,” katanya.

    Selain itu, beliau berkata kerajaan juga sedang membangunkan Jambatan Emart di Jalan Matang melalui Sungai Maong dan Batu Kawa.

    “Ini akan memecahkan trafik kita yang ada di Matang. Jambatan tersebut akan dibina dari Emart ke Sungai Maong terus ke Batu Kawa,” ujarnya.

    Katanya, seterusnya, Jambatan Rambungan juga akan di bina di mana jambatan tersebut akan menghubungkan Kuching dengan Lundu sehingga ke Sematan.

    “Semua ini akan kita buat dan tidak akan dikenakan bayaran tol. Ini adalah antara jambatan- jambatan yang akan kita bangunkan di Bandaraya Kuching,” jelasnya.

    Tambah Abang Johari, kerajaan juga dalam perancangan untuk mebina satu lagi jambatan di antara Darul Hana dan Bintawa.

    “Daripada Darul Hana ke Bintawa, ini adalah dalam rancangan kita.

    “Apabila kita membangunkan kawasan Darul Hana di Kuching, maka negeri ini akan menjadi satu Bandaraya yang cantik dan mempunyai kemudahan dan akhirnya rakyat dapat berinteraksi,” jelasnya.

    Justeru, jelasnya lagi, ini sudah tentu akan merancakkan lagi pembangunan kita di kawasan yang ada.

    “Ini adalah perancang kita pada masa depan untuk membangunkan pasarana, infrastruktur yang akan mengubahkan cara kita berhubung di negeri ini,” katanya.

    Abang Johari menggesa rakyat Sarawak supaya bersama-sama untuk menjadikan negeri ini sebagai negeri yang membangunkan untuk mencapai impian 2030 dan menjadi negeri yang termaju di Malaysia.

    “Ini bukan angan-angan kosong, tetapi semua kita perlu kerja kuat untuk merialisasikan hasrat kita hingga ke tahun 2030,” ujarnya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Kerajaan Komited Bina Banyak Jambatan Di Bandaraya Kuching "