• Kepimpinan PBB Ranting Di Pantai Damai Perlu Giat Daftar Ahli

    Published: Saturday, 28 October 2017
    A- A+

    Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi menggesa setiap ranting PBB di Pantai Damai sentiasa menambah bilangan ahli.

    Beliau yang juga Menteri Muda Utiliti dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, keahlian yang ramai adalah tunjang kekuatan PBB dan Barisan Nasional (BN).

    "PBB Ranting memainkan peranan yang penting dalam menjaga kebajikan masyarakat, pembangunan kampung selain membantu dalam aspek pendidikan, sahsiah diri, modal insan dan penglibatan belia," katanya.


    Pada masa sama Dr Abdul Rahman mengingatkan jawatankuasa baharu yang dipilih memimpin PBB ranting untuk meneruskan kesinambungan kepimpinan parti yang cemerlang sejak dahulu.

    Malah menurutnya, kepimpinan yang baik akan menjadi pilihan ahli parti untuk terus menerajui parti di peringkat ranting.

    Sepanjang minggu ini, sebanyak 36 PBB Ranting dalam kawasan DUN Pantai Damai mengadakan mesyuarat agung.

    Mesyuarat Agung PBB Ranting Buntal yang berlangsung hari ini sebulat suara memilih Sarbini Oren sebagai Ketua PBB Ranting Buntal manakala Tambi Sahari (Ketua Pergerakan Wanita) dan Mohd Hamzah Jaladin (Ketua Pergerakan Pemuda) bagi sesi 2017 hingga 2020.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Kepimpinan PBB Ranting Di Pantai Damai Perlu Giat Daftar Ahli "