• Kemuka Cadangan #Bajet2018 Sebelum 6 Petang Ini - PM

    Published: Friday, 6 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengajak orang ramai terus mengemukakan cadangan dan pandangan berhubung Bajet 2018 selewat-lewatnya jam 6 petang hari ini.

    Perdana Menteri berkata, pandangan perlu dihantar menerusi pautan bajet2018.najibrazak.com yang dibuka sejak 25 September lalu hingga hari ini.

    "Hari terakhir untuk sertai tinjauan #Bajet2018. Ayuh kemukakan isu yang dekat di hati anda sebelum 6pm," katanya menerusi akaun Twitter rasmi @NajibRazak, sebentar tadi.

    Sementara itu, tinjauan di pautan terbabit mendapati pelbagai cadangan dikemukakan segenap lapisan masyarakat untuk dibawa kepada perhatian kerajaan.

    Sebelum ini, Perdana Menteri memberi jaminan Bajet 2018 yang bakal dibentangkan 27 Oktober ini adalah seimbang dan tidak bersifat populis, selain terus memanfaatkan rakyat.

    Najib yang juga Menteri Kewangan turut menyatakan, cadangan semua pihak termasuk orang ramai akan dikaji sebelum Bajet2018 dibentangkan.

    Subjects:

  • No Comment to " Kemuka Cadangan #Bajet2018 Sebelum 6 Petang Ini - PM "