• Kementerian Pendidikan Haramkan Cabaran ‘Mati Lima Saat’

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR  - Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan ke atas pelajar yang melakukan aksi dikenali sebagai ‘mati lima saat’ di semua asrama dan sekolah berkuat kuasa serta merta.

    Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementerian akan memberikan arahan selanjutnya kepada pihak sekolah bagi memastikan cabaran tersebut tidak menjadi budaya di asrama dan sekolah.

    “Cabaran ini bukan sahaja membahayakan malah boleh membawa padah kepada pelajar-pelajar.

    “Tindakan selanjutnya akan dikenakan kepada pelajar yang melakukan cabaran tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Kaunseling Antarabangsa Malindo5 dekat sini hari ini.

    Baru-baru ini, tular video sekumpulan remaja melakukan cabaran tersebut berdurasi 15 saat menunjukkan mereka menolak dada seorang rakannya dipercayai bagi menghalang udara masuk ke dalam badan rakannya itu supaya ‘khayal’ sebentar. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Kementerian Pendidikan Haramkan Cabaran ‘Mati Lima Saat’ "