• Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Tambah Baik Program

    Published: Friday, 6 October 2017
    A- A+

    TEMERLOH - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengolah kembali program yang dilaksanakan kementerian itu di seluruh negara bagi memastikan ia terus relevan kepada masyarakat.

    Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, menerusi penambahbaikan itu, pihaknya akan mengenal pasti program yang sesuai di sesuatu tempat mengikut kehendak masyarakat setempat.

    “Keperluan setiap negeri adalah berbeza contohnya di Temerloh yang mungkin menjurus kepada industri ikan patin.

    “Malah program yang sudah tidak mendapat sambutan perlu dihentikan dan digantikan dengan program yang relevan pada masa ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan program Negaraku peringkat negeri di Dewan Tun Razak Temerloh di sini, hari ini.

    Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Tambah Baik Program "