• Kemenangan besar Jerman dibayar harga mahal

    Published: Monday, 9 October 2017
    A- A+

    BERLIN: Pertahanan Arsenal, Shkodran Mustafi tidak dapat meneruskan permainan dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Azerbaijan selepas mengalami kecederaan serius dan perkara tersebut diakui sendiri oleh jurulatih Jerman, Joachim Loew.

    “Ia kelihatan tidak bagus, ligamen dia seperti koyak. Kami sedang menunggu laporan penuh bagaimanapun dia terpaksa diketepikan buat sementara waktu,” kata Loew selepas pasukannya membelasah Azerbaijan 5-1.

    Pertahanan itu kelihatan mengalami kecederaan di paha pada minit ke-36 dan terpaksa dipapah keluar oleh pegawai perubatan Jerman.

    Biarpun menang besar namun Jerman terpaksa membayarnya dengan harga mahal apabila pertahanan Bayern Muncih, Niklas Suele turut diusung keluar selepas mengalami kecederaan di kaki pada minit ke-45.

    Jerman mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2018 di Rusia selepas menewaskan Azerbaijan sekali gus mengutip mata maksimum daripada 10 perlawanan sepanjang kempen kelayakan tersebut.

    Itu merupakan pencapaian terbaik Jerman malah mereka juga tidak pernah tewas dalam 16 perlawanan terakhir. - AFP/Utusan

    Subjects:

  • No Comment to " Kemenangan besar Jerman dibayar harga mahal "