• Kembara Batang Lupar bermula

    Published: Friday, 20 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Seramai 40 petugas media tempatan menyertai Kembara Batang Lupar 2017, bermula selama tiga hari bermula hari ini.

    Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Unggah Embas, berkata acara berkenaan membantu peserta mendapat gambaran lebih luas mengenai budaya, cara hidup dan infrastruktur dinikmati penduduk khususnya di Parlimen Batang Lupar.

    "Program ini turut memperincikan mengenai gambaran sebenar dinikmati masyarakat setempat hasil pembangunan dipacu oleh Barisan Nasional yang dinikmati selama ini," katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sebelum merasmikan acara kembara itu.

    Yang turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

    Acara julung kali dianjurkan kementerian itu dengan kerjasama Parlimen Batang Lupar membabitkan 10 kenderaan terdiri daripada wartawan dan jurugambar tempatan dari Kuala Lumpur dan Sarawak.

    Sementara itu Rohani, berkata acara itu memberi pendedahan secara langsung kepada peserta mengenai inisiatif dan pelaksanaan program yang dijalankan kementerian dan agensi kepada penduduk setempat serta kumpulan sasar.

    Antara pengisian kembara ialah melihat perusahaan ekonomi Parlimen Batang Lupar seperti pemprosesan obor-obor dan madu lebah kelulut serta bermalam di rumah panjang.

    Peserta turut menyertai gotong-royong dan kegiatan kemasyarakatan sepanjang acara berkenaan.-BHOnline
  • No Comment to " Kembara Batang Lupar bermula "