• Keluar Malaysia, Kemana Arah Kita?

    Published: Friday, 13 October 2017
    A- A+

    Untuk membentuk sebuah negara, ia bukan semudah seperti bercakap di kedai kopi atau komen di laman sosial. Banyak perkara perlu di tempohi sehingga ada yang memerlukan pengorbanan nyawa. Terbentuknya sebuah negara Malaysia dengan berundingan yang teratur serta diikhtiraf dunia. Walaupun banyak pengorbanan pejuang lakukan untuk membebaskan diri dari jajahan British, namun Malaysia terbentuk dengan aman melalui perundingan yang licin dan teratur.

    Sarawak, Sabah, Tanah Melayu dan Singapura melalui beberapa peringkat untuk mencapai kata sepakat untuk bergabung membentuk Malaysia sebelum British bersetuju menyerah segalanya. Walaupun Singapura keluar dari pembentukan Malaysia lebih awal, ia tidak menjejaskan Sarawak, Sabah dan Tanah Melayu membentuk Malaysia sehingga ke hari ini.

    Melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Sarawak dan Sabah memiliki keistimewaan tersendiri mengikut apa yang sudah tercatit dalam perjanjian. Hak-hak tersebut perlu dijaga rapi dan kerajaan Sarawak khasnya pada masa kini bertegas membincang perkara 18 agar kuasa autonomi dikembalikan selepas ia didapati terhakis.

    Kerajaan Pusat pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg terus obses membincangkan penurunan kembali hak Sarawak dan sejak pintu perbincangan dibuka, beberapa perkara persetujuan telah pun tercapai.

    Namun masih ramai netizen yang tidak peka dan bertegas mahu Sarawak keluar dari Malaysia. Ia seakan menjadi isu yang tidak akan padam walhal isu tersebut dibangkitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebelum ini. Motifnya masih kabur kenapa Sarawak perlu keluar Malaysia.

    Malah mereka sekadar meluahkan mahukan Sarawak keluar Malaysia tetapi tiada jawapan tepat kenapa Sarawak perlu keluar ? Atau mungkin mereka ini sekadar merasa ada baiknya keluar Malaysia sedangkan implikasi seterusnya meraka tidak pernah fikir. Adakah ia semakin baik atau semakin teruk?

    Subjects:

  • No Comment to " Keluar Malaysia, Kemana Arah Kita? "