• Kekalkan Keharmonian Kaum Di Sarawak - Uggah

    Published: Monday, 23 October 2017
    A- A+


    KUCHING: Adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat Sarawak untuk memastikan negeri ini terus berada dalam keharmonian agama dan perpaduan kaum.

    Menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah, kerajaan sedang berusaha untuk memastikan keamanan dan keharmonian di negeri ini bertahun-tahun tidak diganggu.

    Memetik laporan The Borneo Post, beliau mendedahkan bahawa Unit untuk Agama Lain (Unifor) di Sarawak sentiasa berhubung dengan pegawai-pegawai Islam negeri untuk bertukar – tukar pendapat dari semasa ke semasa.

    “Saya percaya semua orang di Sarawak juga melakukan yang terbaik untuk mengekalkan keharmonian agama dan perpaduan kaum, "katanya.

    Beliau menggalakkan masyarakat yang berbeza agama atau bangsa untuk saling menziarahi antara satu sama lain di musim perayaan.- Sarawakiana
  • No Comment to " Kekalkan Keharmonian Kaum Di Sarawak - Uggah "