• Kecoh Wanita Hayun Budak!

    Published: Tuesday, 31 October 2017
    A- A+

    PETALING JAYA: Tindakan seorang wanita mengasari seorang kanak-kanak dipercayai berumur sekitar lima tahun mencetuskan perbalahan dalam kalangan netizen selepas ia tular pada malam Isnin.

    Kejadian tersebut dipercayai berlaku berhampiran mesin pengimbas tiket tren di sebuah stesen, namun lokasi sebenar kejadian tidak didedahkan.

    Rata-rata netizen menyelar perbuatan wanita tersebut yang berulang kali mengasari kanak-kanak malang itu apabila dia dilihat menampar, menghayun dan menendangnya.

    Seorang pengguna Facebook, Nor Shamimy berkata, wanita tersebut bertindak demikian berkemungkinan kerana mempunyai masalah peribadi.

    "Itulah orang semua nak salah ibu... bapa mana bapa? Kamu mana tau dia ibu tunggal dengan letih ke hulu hilir.

    "Cari rezeki lagi, keluarga tiada nak beri sokongan," tulisnya di ruang komen.

    Sementara itu, Fauziah Zie Madrasah pula berkata, kanak-kanak itu kelihatan nakal dan menyebabkan wanita tersebut berasa tertekan.

    "Mak dia mungkin banyak masalah. Tengok mak dia dengan barang banyak nak dibawa dengan anaknya nakal sangat.

    "Cuma, cara dia kasar sangat. Kalau tarik elok-elok, pujuk, mungkin boleh dengar kata budak itu."

    Bagaimanapun, seorang lagi pengguna, Eija Haiza tidak bersetuju dengan tindakan wanita tersebut dan beranggapan bahawa seorang ibu tidak akan memperlakukan anaknya sebegitu.

    "Jangan nak sokong sangat la kelakuan perempuan yang dera anak tu. Ini jenis manusia yang lupa anak itu amanah Allah.

    "Seorang ibu tidak akan memperlakukan anaknya sebegitu. Ini jenis manusia takde iman. Syaitan beraja dihati," ujarnya.

    Melalui video berdurasi 1 minit 33 saat itu, kelihatan wanita terbabit turut menggalas beg belakang dan plastik besar ketika ingin melepasi mesin pengimbas tersebut.

    Orang awam yang lalu lalang di kawasan itu dilihat tidak mencampuri urusannya dan tidak cuba menghalangnya daripada mengasari si kecil berkenaan. - Mstar

    Subjects:

  • No Comment to " Kecoh Wanita Hayun Budak! "