• Kebocoran Data Terbesar Di Malaysia?

    Published: Tuesday, 31 October 2017
    A- A+

    PETALING JAYA: Data peribadi kira-kira 46.2 juta pelanggan nombor telefon mudah alih di Malaysia berisiko kerana dipercayai berdepan sebagai salah satu kebocoran data terbesar yang pernah dilihat di negara ini.

    Dari alamat rumah dan nombor MyKad sehingga ke maklumat kad SIM, data peribadi hampir seluruh penduduk mungkin telah jatuh ke tangan yang salah.

    Penduduk Malaysia hanya sekitar 32 juta orang, tetapi ramai mempunyai beberapa nombor telefon mudah alih.

    Senarai ini juga dipercayai termasuk nombor tidak aktif dan nombor sementara yang dibeli pelawat asing.

    Dengan kebocoran ini, rakyat Malaysia mungkin terdedah kepada serangan kejuruteraan sosial dan dalam senario terburuk, telefon mungkin boleh diklonkan.

    Kebocoran data mudah alih dilaporkan awal bulan ini menerusi forum dalam talian dan laman berita lowyat.net, melaporkan bahawa ia dikatakan adalah kebocoran maklumat secara besar-besaran pada 2014.

    Pada Isnin, laman web itu 'mengesahkan' bahawa 46.2 juta nombor telefon mudah alih telah dibocorkan dalam talian.

    Pengasas Lowyat.net , Vijandren Ramadass memberitahu The Star bahawa semua maklumat yang diterima mengenai perkara itu diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

    Ditanya apakah tindakan yang diperlukan, beliau berkata: "Syarikat telekomunikasi perlu mengakui bahawa kebocoran maklumat ini benar-benar berlaku dan harus memberitahu semua pelanggan mengenai apa yang perlu dilakukan."

    Dipercayai SKMM dan polis bekerjasama dalam menjalankan siasatan. - Mstar

    Subjects:

  • No Comment to " Kebocoran Data Terbesar Di Malaysia? "