• Kawasan Seberang Hilir Perlukan 2 KJM

    Published: Tuesday, 24 October 2017
    A- A+

    Kawasan Seberang Hilir yang merangkumi 12 buah kampung memerlukan tambahan Kejiranan Mesra (KJM) untuk meneruskan pembangunan sahsiah masyarakat di kawasan tersebut, kata Menteri Muda Uliliti Dr Abdul Rahman Junaidi.

    Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai meminta Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mempertimbangkan cadangan permohonan bagi penubuhan dua KJM di kawasan Pantai Damai.

    "Ingin saya mencadangkan kepada DBKU bahawa di kawasan Seberang Hilir terdapat 12 kampung. Tetapi kita cuma mahu jika boleh diluluskan penubuhan KJM bagi dua tempat dahulu iaitu KJM Bintawa dan KJM Darul Hana," katanya seperti yang dilaporkan Utusan Borneo.


    Pada masa ini, kawasan Pantai Damai mempunyai tujuh KJM.

    Pada masa sama beliau merasakan program yang bakal dilaksanakan menerusi KJM berupaya memberi perubahan positif kepada masyarakat terutama Darul Hana menjelang akhir 2019 atau awal 2020.

    Dr Abdul Rahman turut menggesa setiap KJM di kawasan Pantai Damai untuk menganjurkan acara tetap yang boleh diadakan secara tahunan.

    "Apa sahaja produk mereka seperti kebudayaan, keseniaan Islam, nasyid dan sukan boleh dijadikan sebagai produk KJM di sini (Pantai Dama)," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Kawasan Seberang Hilir Perlukan 2 KJM "