• Kawasan Pedalaman, Pinggir Bandar Harus Diberi Perhatian

    Published: Wednesday, 18 October 2017
    A- A+

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya mengingatkan kementerian peringkat persekutuan agar tidak terlepas pandang terhadap pembangunan di kawasan pedalaman dan pinggir bandar malah harus diberi perhatian.

    Memetik laporan Utusan Borneo, semalam Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah mengumumkan RM14.64 juta bagi pemasangan 16,292 unit projek Lampu Jalan Kampung (LJK) di Sarawak yang turut dinikmati di kawasan pedalaman dan sepanjang kawasan pesisir pantai.

    “Kita memang suka dan gembira sebab ada projek sebegitu, tetapi janganlah terlepas pandang untuk kawasan pedalaman dan pinggir pantai seperti di kawasan kita.

    "Projek itu memang amat diperlukan seperti di kawasan beliau dan melihat kepada permohonan kemudahan itu boleh dikatakan penting," katanya.

    Juanda menambah, daripada Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK8) hingga Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) sebanyak 27,259 unit telah dipasang di negeri ini. - Sarawakiana
  • No Comment to " Kawasan Pedalaman, Pinggir Bandar Harus Diberi Perhatian "