• Kasut Ini Paling Mahal Di Dunia

    Published: Saturday, 28 October 2017
    A- A+



    SEORANG pereka di United Kingdom (UK), Debbie Wingham memperkenalkan kasut paling mahal di dunia.

    Kasut tumit tinggi itu mempunyai lapisan logam dan batu bernilai dengan harga AS$15.1 juta (RM64 juta).

    Wingham terkenal dengan ciptaannya yang mewah dan berkhidmat untuk ramai selebriti, golongan diraja dan elit.

    Dia terkenal kerana mencipta pakaian paling mahal di dunia, gaun Red Diamond Abaya, yang bertakhtakan lebih 2000 berlian, termasuk berlian merah paling mahal di dunia, dan harga AS$15.45 juta (RM65 juta).

    Ciptaan terbaharu Wingham adalah kolaborasi antara dirinya bersama penggiat seni berpangkalan di Florida, Chris Campbell.

    Wingham menyumbangkan dari segi rekaan manakala Campbell memasang batu pada kasut tersebut.

    Kasut tumit tinggi itu dihiasi dengan berlian biru dan merah jambu yang bernilai lebih AS$128,000 (RM543,146).

    Wingham berkata, kebanyakan pelanggannya mempunyai barangan kemas berharga yang disimpan di tempat selamat dan hanya memakainya sekali atau dua kali sepanjang hidup.

    Dengan menggunakan barangan kemas itu sebagai satu rekaan seni, beliau boleh mencipta sesuatu yang boleh dipakai setiap hari.

    Kasut mewah itu dibuat untuk sebuah keluarga di Dubai sempena sambutan hari ulang tahun. - odditycentral/mstar

    Subjects:

  • No Comment to " Kasut Ini Paling Mahal Di Dunia "