• Kasanova Itali Sebar HIV

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+

    ROME: Seorang lelaki positif HIV dan dituduh menjangkiti 30 wanita lain melalui hubungan seks tanpa perlindungan, dijangka dijatuhi hukuman hari ini.

    Dikenali dengan nama jolokan 'Hearty Style", lelaki berusia 33 tahun itu dikatakan menggoda puluhan wanita muda melalui Internet dan media sosial sebelum mengadakan temu janji.

    Valentino Talluto mengadakan 53 hubungan seks di antara 2006 hingga 2015 dan menyebabkan 30 wanita dijangkiti virus berbahaya itu.

    Turut dijangkiti ialah pasangan kepada tiga wanita dan bayi seorang lagi mangsa.

    Semua mangsa ketika memberikan keterangan sepanjang tempoh perbicaraan menggambarkan Talluto sebagai seorang lelaki budiman yang mengajak mereka menikmati hidangan makan malam dan wain sebelum melakukan hubungan seks.

    Menurut mangsa, Talluto enggan mengambil sebarang langkah keselamatan dengan memberi alasan mempunyai alahan terhadap bahan digunakan untuk membuat kondom dan meyakinkan mereka bahawa beliau bebas daripada HIV.

    Mangsa lelaki kasanova itu berusia seawal 14 tahun hingga wanita 40 tahun. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Kasanova Itali Sebar HIV "