• Karaoke Seks

    Published: Sunday, 1 October 2017
    A- A+

    TAWAU: Seramai 10 pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan Jabatan Imigresen di sebuah premis hiburan di Jalan Chen Fook, Bandar Sabindo di sini, dalam satu serbuan malam tadi.

    Mereka dipercayai menawarkan khidmat seks.

    Serbuan yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Tawau, Azlan Pelandok dengan 11 anggota dan pegawai bermula pada jam 9 malam itu, menahan lapan wanita warga Filipina dan dua wanita Indonesia yang bekerja sebagai GRO di pusat hiburan itu.

    Seramai lima lelaki warga Indonesia dipercayai pelanggan di pusat hiburan itu turut ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri.

    Ketua Jabatan Imigresen Tawau, Noraini Rasi, berkata semua yang ditahan berumur antara 23 hingga 60 tahun.

    "Kesemua GRO itu didapati tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

    "Mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) akta yang sama," katanya di sini hari ini.

    Noraini berkata, semua yang ditahan dibawa ke Pusat Tahanan Sementara Tawau untuk tindakan lanjut.

    Subjects:

  • No Comment to " Karaoke Seks "