• Kapal Pemusnah AS Yang Bertembung Di Selat Melaka Belayar Ke Jepun

    Published: Thursday, 5 October 2017
    A- A+


    SINGAPURA - Kapal pemusnah peluru berpandu milik Amerika Syarikat (AS) USS John S McCain telah berlepas dari Pangkalan Tentera Laut Changi, Singapura pada Khamis ke Yokosuka, Jepun selepas lebih enam minggu berlanggar dengan sebuah kapal tangki minyak dalam bulan Ogos yang meragut nyawa 10 kelasi, lapor agensi berita China Xinhua.

    Menurut kenyataan yang dkeluarkan Armada Ketujuh AS, McCain akan belayar ke Yokosuka, di mana ia akan berlabuh untuk kerja-kerja pembaikan selepas menjalani pembaikan sementara di Changi.

    Sebelum memulakan perjalanan, anak kapal serta juruteknik dan penyelam telah melakukan penilaian kerosakan dan penyelenggaraan.

    Kerja-kerja menampung turut dilakukan di bahagian badan kapal yang rosak.

    McCain bertembung dengan kapal tangki Alnic MC, yang didaftarkan di Liberia, pada 21 Ogos.

    Sejumlah 10 kelasi yang hilang akibat insiden itu kemudian ditemui mati.- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Kapal Pemusnah AS Yang Bertembung Di Selat Melaka Belayar Ke Jepun "