• Kanak-Kanak Tidur 11 Hari

    Published: Tuesday, 24 October 2017
    A- A+

    NEW YORK: Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun membuatkan pakar perubatan bingung selepas dia tidur selama 11 hari.

    Wyatt Shaw yang berasal dari Elizabethtown, Kentucky baru bangun daripada tidur yang panjang itu dan dia menghadapi kesukaran bercakap dan bergerak.

    Ibunya Shaw, Amy Thompson berkata, anaknya tidur seperti biasa selepas menghadiri majlis perkahwinan ibu saudaranya baru-baru ini.

    Katanya, pada waktu pagi, dia mengejutkan Shaw tidak bangun dan hanya membuka sedikit mata sebelum tidur semula.

    “Saya memegang badannya dan memanggil namanya beberapa kali dan dia tidur semula. Ia sangat menakutkan,” katanya.

    Kerana bimbang sesuatu yang buruk, Amy membawa anaknya berjumpa doktor sebelum budak itu dirujuk ke Hospital Kanak-Kanak Norton di Louisville di mana dia tidur selama 10 hari.

    Selepas membuat beberapa ujian doktor mendapati Shaw bebas daripada sebarang penyakit atau jangkitan kuman atau virus.

    “Doktor percaya Shaw mungkin mengalami sedikit gangguan di otaknya yang menyebabkan dia terus tidur,” jelasnya.

    Doktor kemudiannya menggunakan ubat baru bagi merawat sawan untuk membangunkan Shaw dan selepas 11 hari kanak-kanak itu akhirnya terjaga.

    Shaw pada mulanya tidak boleh bercakap atau bergerak tetapi selepas mendapat rawatan kanak-kanak itu semakin pulih. - Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Kanak-Kanak Tidur 11 Hari "