• Kanak-kanak tadika dibakar hidup-hidup di Brazil

    Published: Friday, 6 October 2017
    A- A+
    RIO DE JANEIRO: Seorang lelaki bertindak membakar 4 kanak-kanak hidup-hidup sebelum cuba membakar dirinya sendiri dalam satu kejadian di sebuah tadika di bandar Janauba dekat Minas Gerais, tenggara Brazil semalam.

    Lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

    Menurut datuk bandar dan polis tempatan, kejadian dipercayai berpunca apabila seorang pengawal keselamatan bertindak mencurah alkohol ke badan mangsa, sebelum membakar mereka.

    Seramai 40 yang lain turut mengalami kecederaan dan menerima rawatan di hospital, 25 daripadanya melecur manakala 15 lagi akibat trauma.

    Daripada 25 mangsa ditahan di hospital, 14 terdiri kanak-kanak berumur antara 4 dan 5 tahun, selebihnya adalah kakitangan hospital.

    Penyerang berusia 50 tahun itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di tadika berkenaan sejak 2008 dan didakwa mengalami kemurungan. -

    Subjects:

  • No Comment to " Kanak-kanak tadika dibakar hidup-hidup di Brazil "