• Kanak-Kanak Perempuan Dua Tahun Cedera Digigit Kera

    Published: Tuesday, 24 October 2017
    A- A+

    TAIPING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun cedera di bahagian betis kiri akibat digigit seekor kera di depan rumahnya di Jalan Kamunting Lama dekat sini petang semalam.

    Ibu kanak-kanak itu, Mazidah Che Hashim, 38, berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1 petang.

    Menurutnya, dia tidak menyangka kera tersebut menyerang anaknya.

    “Sebelum ini saya pernah melihat tiga ekor kera berada di rumah kosong bersebelahan kediaman saya, namun kera tersebut tidak bertindak liar.

    “Ketika kejadian saya berada di dalam rumah sebelum terdengar jeritan anak saya akibat digigit kera. Saya membawa anak saya ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Kanak-Kanak Perempuan Dua Tahun Cedera Digigit Kera "