• Kanak-Kanak Hidap Kanser, Hilang Separuh Muka

    Published: Tuesday, 3 October 2017
    A- A+

    IA merupakan detik yang menyedihkan. Kanak-kanak ini, Natasha Matimba, kehilangan sebelah mukanya akibat kanser dan doktor memberikannya masa beberapa bulan lagi untuk hidup.

    Natasha Matimba menghidap sejenis penyakit di mana dia tidak boleh terdedah kepada sinaran matahari atau sinar UV kerana ia akan membakar kulitnya.

    Penghidap xeroderma pigmentosum (XP) ini, yang hanya dialami oleh 2,000 orang di seluruh dunia dan mereka tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari.

    Doktor kini meminta ibunya, Winnet Bandam, dari Zimbabwe, untuk membawa anaknya pulang kerana tiada apa yang boleh mereka lakukan untuk membantu Natasha.

    Kini satu kempen telah dilancarkan untuk membantu keluarga Natasha yang menetap di Norton.

    Kempen itu dilancarkan oleh seorang akauntan yang berpengkalan di Cambridge, Liberty Goromonzi, untuk membantu Natasha supaya dia boleh hidup dengan lebih selesa.

    Natasha bergelut dengan penyakit itu sejak berusia tiga bulan dan sering keluar masuk hospital.

    Disebabkan masalah kewangan, keluarganya gagal memberikan keselesaan kepada Natasha. Bapa tirinya, Tinashe Phiri, tidak bekerja namun dia telah menjual semua harta bendanya untuk membantu membayar perubatan Natasha.

    Mereka kini sangat-sangat memerlukan tilam, katil, lampin pakai buang, ubat antiseptic, pembalut dan ubat penahan sakit. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Kanak-Kanak Hidap Kanser, Hilang Separuh Muka "