• Kanak-kanak Dirantai Pada Tong Gas Stabil, Berhasrat Jumpa Bapa Kandung

    Published: Saturday, 7 October 2017
    A- A+

    KUANTAN 7 Okt. - Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang ditemukan dalam keadaan bogel, tidak sedarkan diri dan lehernya dirantai pada tong gas di sebuah rumah di Indera Mahkota di sini, kelmarin berada dalam keadaan stabil.

    Pengerusi Jawatankuasa Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, kanak-kanak itu juga tidak trauma dan dia akan ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sehingga siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa selesai.

    “Kita akan melihat kepada hasil siasatan pihak berkuasa. Jika perlu, kita akan mendapatkan perintah mahkamah untuk menempatkan kanak-kanak berkenaan di tempat selamat,” katanya selepas melawat kanak-kanak berkenaan di HTAA hari ini.

    Menurut Shahaniza, kanak-kanak itu memberitahunya dia ingin berjumpa dengan bapa kandungnya yang difahamkan tinggal di Melaka.

    “Kanak-kanak itu memaklumkan kali terakhir dia berjumpa dengan bapa kandungnya adalah pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

    “Mungkin dia merindui bapanya,” katanya. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Kanak-kanak Dirantai Pada Tong Gas Stabil, Berhasrat Jumpa Bapa Kandung "