• Kaki Terkulai Akibat Kemalangan

    Published: Tuesday, 10 October 2017
    A- A+

    JASIN: Sebelah kaki pelajar Institut Kemahiran MARA Jasin terkulai akibat patah selepas motosikal yang ditunggangi merempuh kereta di Kilometer 25.5 Jalan Jasin-Bemban, di sini, pagi tadi.

    Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 pagi itu, Muhamad Khairul Hazimi Yaakub, 19, pelajar Tahun Tiga Jurusan Pendawaian Elektrik dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Chenderah ke tempat latihan praktikal di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini.

    Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Arshad Abu, berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian Proton Persona dipandu wanita berusia 26 tahun itu sedang memberhentikan kenderaannya di tepi jalan di hadapan Klinik Desa Sri Merbau.

    "Selepas itu, kereta berkenaan cuba membuat pusingan U untuk ke klinik terbabit, sebelum dirempuh mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda C70.

    "Akibat perlanggaran kuat itu, mangsa patah kaki kiri dan kemudian dikejarkan ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

    Arshad berkata, bagaimanapun wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

    "Kes disiasat mengikut Peraturan 13 LN 166/59 iaitu membuat pusingan U selain dari tempat yang dibenarkan," katanya. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Kaki Terkulai Akibat Kemalangan "