• Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Meningkat 67.8%

    Published: Tuesday, 17 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR – Kadar penyertaan tenaga buruh Malaysia pada bulan Ogos 2017 meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada 67.8 peratus atau 15.03 juta berbanding bulan sebelumnya.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Perangkaan berkata bagi perbandingan tahun ke tahun, angka yang dicatatkan pada Ogos 2017 adalah sama seperti Ogos tahun lepas.

    “Kadar pengangguran pada Ogos 2017 adalah 3.4 peratus iaitu turun 0.1 peratus berbanding bulan sebelumnya manakala bagi tahun ke tahun, ia juga turun 0.1 peratus berbanding Ogos 2016,” katanya. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Meningkat 67.8% "