• Kadar Jangka Pendek Kekal Kukuh

    Published: Tuesday, 3 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangkakan kekal kukuh hari ini berikutan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

    BNM menganggarkan kecairan hari ini sebanyak RM35.65 bilion dalam sistem konvensional dan RM9.91 bilion dalam dana Islam.

    BNM akan melaksanakan empat tender pasaran wang konvensional dengan masing-masing sebanyak RM2 bilion bagi tujuh hari, 14 hari, 21 hari dan 31 hari.

    BNM juga akan menjalankan Tender Matang Islam Qard sebanyak RM4.6 biliion untuk 7-31 hari dan Program Murabahah Komoditi RM200 juta untuk 31 hari.

    Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan sehingga RM27.7 bilion tender konvensional semalaman dan RM5.2 bilion Qard. - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Kadar Jangka Pendek Kekal Kukuh "