• Jururawat Lelaki Lakukan Seks Dengan Mayat

    Published: Friday, 20 October 2017
    A- A+

    Jijik…seorang suami terkejut apabila mendapati seorang jururawat lelaki sedang melakukan seks dengan mayat isterinya ketika dia mahu menatap wajah si isteri untuk kali terakhir di hospital.

    Kejadian berkenaan berlaku di Hospital de Clinicas di La Paz, Bolivia. Melihat keadaan itu, si suami telah membelasah jururawat berkenaan yang dikenali sebagai Grover Macuchapi, 27.

    “Ia berlaku selepas sejam pesakit meninggal dunia dan telah dihantar ke rumah mayat di hospital itu. Pada masa itu, suaminya menyelesaikan bayaran hospital.

    “Tidak lama kemudian selepas semua urusan hospital selesai, si suami ke rumah mayat dan mendapati jururawat lelaki itu sedang melakukan seks dengan mayat isterinya,’’ kata polis.

    Manakala si suami ketika ditemubual wartawan berkata dia membelasah jururawat lelaki itu yang ketika itu tidak memakai seluar.

    Pada Mei lepas, polis di Argentina telah berdepan dengan kes yang sama di mana seorang lelaki telah memecah masuk ke dalam bilik mayat hospital dan melakukan seks dengan mayat seorang wanita.

    Kejadian itu disedari oleh kakitangan hospital apabila melihat suspek menarik keluar mayat yang disimpan di dalam tempat sejuk dan sedang berdiri di sebelah mayat itu sambil seluarnya dilondehkan ke kaki.

    Lelaki itu dikatakan berbuat demikian kerana mempunyai fantasi seks yang pelik. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Jururawat Lelaki Lakukan Seks Dengan Mayat "