• Jualan Set Hadiah Kuih Bulan Mewah merudum, Rakyat China Elak Pembaziran

    Published: Friday, 6 October 2017
    A- A+


    BEIJING: Semua pembuat utama kuih bulan di China telah mengambil keputusan untuk mengurangkan pengeluaran set hadiah mewah kuih bulan tahun ini selepas mengambil kira trend penyediaan makanan perayaan yang lebih kos efektif susulan kesan kempen berjimat-cermat oleh kerajaan, lapor agensi berita China Xinhua.

    Statistik Suning.com, satu platform e-dagang, menunjukkan jumlah jualan set hadiah mewah kuih bulan mewah yang dijual pada harga 200 hingga 300 yuan (US$30 hingga US$45) merosot sebanyak 17 peratus tahun ini manakala jualan bagi set yang lebih murah meningkat sebanyak 25 peratus.

    JD.com, sebuah lagi syarikat e-dagang yang terkemuka, menyatakan bahawa jumlah jualan set hadiah mewah kuih bulan merudum sebanyak 75 peratus berbanding tahun lepas manakala set biasa meningkat sebanyak 21 peratus.

    Menikmati keenakan kuih bulan semasa Festival Pertengahan Musim Luruh, yang jatuh pada Rabu, sudah menjadi tradisi di China selama beratus-ratus tahun.

    Bagaimanapun, kotak hadiah mahal berisi pastri bulat kecil itu sering dikaitkan dengan amalan rasuah dan pembaziran kerana syarikat serta individu cenderung memberikannya kepada pelanggan serta rakan kongsi perniagaan untuk membina hubungan.

    Lima tahun selepas kerajaan China mewujudkan kod berjimat-cermat lapan perkara bagi menolak pembaziran dan formaliti berlebihan dalam kalangan anggota parti, set hadiah mewah kuih bulan didapati semakin berkurangan di pasaran manakala jualan set yang lebih murah semakin meningkat.- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Jualan Set Hadiah Kuih Bulan Mewah merudum, Rakyat China Elak Pembaziran "