• Jual Dadah Lagi Selepas Keluar Penjara

    Published: Tuesday, 31 October 2017
    A- A+

    JEMPOL: Seorang tokan dadah berdepan hukuman penjara seumur hidup apabila sekali lagi ditahan polis dalam serbuan di rumahnya di FELDA Pasoh 2 di sini, kelmarin.

    Suspek berusia 27 tahun dikatakan tidak insaf apabila terus mengulangi kesalahan lama dengan menjual dadah walaupun baru selesai menjalani hukuman penjara kira-kira dua bulan lalu.

    Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol melakukan serbuan di rumah suspek jam 4.15 petang.

    “Suspek yang menyedari kehadiran polis membuka pintu belakang bertujuan mengelirukan anggota dan melarikan diri menggunakan pintu depan. Namun, anggota berjaya mengejar serta menahannya.

    “Hasil pemeriksaan dalam beg galas dibawa suspek menemui dua paket plastik lutsinar berisi heroin seberat 8.31 gram,” katanya dalam kenyataan, semalam.

    Katanya, suspek direman tujuh hari hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(2), Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan minimum 10 sebatan jika sabit kesalahan.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Jual Dadah Lagi Selepas Keluar Penjara "