• Jokowi Jalan 2km Ke Majlis Tentera

    Published: Friday, 6 October 2017
    A- A+


    JAKARTA: Dua kilometer jarak yang perlu diharungi Presiden Indonesia, Joko Widodo ketika dalam perjalanan menghadiri majlis rasmi pada Khamis.

    Kesesakan trafik menyebabkan pemimpin yang lebih dikenali dengan panggilan Jokowi itu terpaksa berjalan kaki untuk ke majlis perarakan tentera.

    Beberapa pegawai kerajaan turut mengiringi presiden itu sepanjang perjalanan itu.

    Ketika kejadian, konvoi mereka hampir sampai ke majlis perarakan yang diadakan sempena ulang tahun penubuhan tentera Indonesia ke-72.

    Kejadian berlaku di bandar pelabuhan, Cilegon yang terletak kira-kira dua setengah jam perjalanan dari ibu kota Jakarta, kata Istana Presiden.

    “Setelah menunggu hampir 30 minit, Jokowi kemudian membuat keputusan untuk berjalan kaki,” kata pengawal Jokowi, Ili Dasili dalam satu kenyataan.

    Ketua Polis Negara, Tito Karnavian yang turut terperangkap dalam kesesakan tersebut juga menyertai Jokowi.

    Rakaman video menunjukkan Jokowi berjalan kaki dengan diiringi sebilangan pengawal keselamatan, manakala orang ramai menjerit dan melaungkan namanya. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Jokowi Jalan 2km Ke Majlis Tentera "